Tuesday, January 5, 2010

DI MANA LAGI INGIN KU CARI


Salam kepada semua sahabat ku yang disayangi dan di kasih selalu............
Hari ini ku rasa ingin ku coretkan kisah yang telah dihadapi oleh kawan ku, bak kata pepatah " sudah jatuh di timpa tangga" kisah ini amat menyayat hati ku...........

Kisah bermula apabila seorang yang bergelar gadis telah menolak cinta si kumbang ini......
oleh kerana terlalu kecewa , si kumbang ini ingin mencari bunga lain untuk dijadikan penyeri dalam hidupnya yang sedia sunyi itu. Akhirnya dia telah berjumpa seorang gadis yang cantik dan dirasakan sesuai dengan dirinya,akan tetapi belum sempat mengucapkan kata kata cinta, gadis dengan selamba menyapa bahawa dia mempunyai jejaka yang telah mencuri hatinya.........malang sungguh hidup si kumbang...

Tekanan semakin dirasai apabila teman yang selalu berada disisinya,dan teman belajarnya telah berjaya mengukir cinta tatkala si kumbang ini membilang hari untuk mendapatkan cinta....
Didorong dengan perasaan kecewa dia berazam untuk mendapatkan cinta.... aku sebagai sahabat berdoa agar cita2 dan azam tahun baru untuk memiliki cinta itu berjaya, telah banyak kata perangsanng telah ku berikan supaya dia berani untuk mendapat cinta.....

Kerana telah berulang kali gagal untuk meraih cinta dalam hidupnya,perasaan takut sering menyelubungi dirinya tatkala ingin bersua dengan gadis terutama teman rapatnya. Aku dan sahabat yang lain telah banyak menyuarakan gadis untuknya,namun semuanya di tolak dengan alasan susah untuk percayakan sebarang gadis dalam hidupnya..

Adakah cita2 untuk mendapatkan cinta sejati itu akan menjadi kenyataan atau berkubur tak bernisan...
oleh itu sama2 lah kita doakan semoga dia berjaya...............amin....

3 comments:

  1. ermmm....org "dekat" ke abang.....

    ReplyDelete
  2. aminnn...Insyaallahh...mesti ada jodoh yang terbaik untuk dia...cepat atau lambat jer...bersabar lah

    ReplyDelete
  3. entah lah yang dekat ker jauh tapi masih mencuba. dia dah malu dah tu semua kawan ade awek.... sian kat dia. so sapa2 yang rasa nak masuk calon silakan. dia alukan2

    ReplyDelete