Thursday, November 11, 2010

RuMaHkU...IsTeRiKu...AhLi KeLuArGa BaRu....SyUrGaKu..

SaLaM kAwAnKu....
rumah ku adalah syurga ku......
Disinilah tempat kami memulakan lebaran baru sempena tahun baru yang akan datang ni.....2011...
Tempat Kami bersama- sama menunaikan ibadah...
Tempat kami sekeluarga berteduh.....
Tempat kami bergembira......
Tempat ahli kelurga berkumpul....
Tempat menyambut kedatangan ahli keluarga baru.... InsyaALLAH...
Tempat untuk kami bergurau senda......
Tempat untuk Open House sempena Hari Raya....

Tidak sabar rasanya untuk tunggu rumah ku ini siap sepenuhnya dan akan kami duduki....
Setiap kedai Perabut,Grill,Kabinet,Wiring,Elektrik,Lampu dan sebagainya taelah dilawati dan di survey Harganya....
Hari minggu telah menjadi hari untuk kami melawati kedai- kedai yang disenaraikan di atas....
My loving wife....siap bawak kalkulator dan buku kecik untuk mencatit setiap harga barang2 yang hendak dibeli.......
 Sekian Sahaja untuk kali ini....tunggu sambungannya episod .....AhLi KeLuArGa BaRu..

Wednesday, November 10, 2010

Buka balik blog

Salam ...
apa khabar semua kawan? dah lama tak beri makanan ke blog ku ini.hari rasa nak bagi sesuatu untuk blog ku....ramai kekawan ku tanya kenapa ku menyepi....

Aku sebenarnya bukan menyepi tapi sibuk sangat sekarang ni.maklumlah exam bertimbun..writing untuk projek ku....dan macam lagi....

Sebelum aku meneruskan coretan ku pada kali ini....untuk pengetahuan semua aku tengah final sem kat upm dah insyaALLAH bulan satu nanti masuk pejabat lah....rindulah kat kengkawan kat pejabat pulak...tapi kengkawan kat upm i i always miss u all....

Banyak perkara telah berlaku sebelum ni......ada kisah sedih ..ada kisah seronok dan kisah tengah- tengah....(apa itu>>>>)ok nanti saya jelaskan.....

Kisah sedih.....ada hamba ALLAh yang konflik identiti..... dimana dia suka kaum sejenisnya.... bukan suka sikit tapi suka sampai..... itu yang menghairankan..... hanya tuan punya diri dan peminatnya yang tahu.....sedih sedih sangat.....

Kisah seronok... seorang hamba ALLAH telah menjumpai cinta sejatinya sekian lama mencari....itu dinamakan Syurga Cinta... semoga berkekalan....

Kisah Tengah- tengah....... dimana duit yang jadi milik kita tapi kita tak dapat ....alasannya nama tertinggal....boleh ke macam tu....tapi bila di tanya balik ?kata duit dalam proses nak masuk..... itu lah mula- mula sedih tapi lepas dapat duit tu seronok lah sebab orang lain dah abis guna kita ada lagi.....

setakat ini sahaja untuk kali ini.....tunggu post yang akan datang dan lebih menarik.... tajuk nya.... Aku,,,,Isteri,,,,,ahli keluarga baru,,,, dan umah baru,,,,,sekian semoga apa yang kita buat diredhai dan diberkati......


Thursday, January 28, 2010

teman dan sunyi

teman



hidup ini perlukan teman untuk berbicara,

hidup ini perlu teman untuk bergembira,

hidup ini perlukan teman untuk berkongsi masalah.

pendek kata, kita akan kesunyian jika kita tak ada teman

teman tak semestinya isteri atau suami,adik beradik,kekasih,

tapi teman sebenarnya adalah kawan yang boleh berkongsi masalah dengan kita,

teman gembira senang dicari, teman menanggis sukar hendak perolehi,

teman mengumpat senang dicari, teman yang boleh simpan rahsia padah menanti,

oleh itu carilah teman yang mulia budi perkerti.



sunyi

apa itu sunyi sebenarnya?

sunyi bukannya senyap.

bagi ku sunyi itu luas skopnya.

sunyi datang dan ia pergi jika teman datang,

adakah sunyi itu kesengsaraan?

sunyi dapat diukur dalam diri seseorangan,

diri ku sunyi bila aku duduk berseorangan tanpa teman,

tapi jika ada teman pun aku masih merasa sunyi,

kerana sunyi datang dalam diri seseorang,

sunyi hilang bila kita rasa keseronokan,

sunyi hilang bila terlalu sibuk dengan kerja,

sunyi hilang bila kita ada teman,

sunyi hilang bila kita tido.

apakah kaitan sunyi dengan boring?

cuba kita renungkan lah............



seseorang yang baik pada luarannya tak semestinya dia baik dari segi dalamannya.kadang - kadang orang sentiasa buli dan hina kita itulah orang yang membantu kita semasa kita dalam kesusahan..........renungkanlah,....................

Tuesday, January 19, 2010

BENDA PALING TAK SUKA.....

salam kawan ku semua...
aku ingin coretkan tentang perkara yang paling aku tak suka dalam hidup ku. setiap orang ada perkara yang di orang tak suka.mcm roomate ku perkara yang paling diatak suka ialahbila orang cakap dia duduk sorang sorang tanpa awek.(biar pun betul dia memang tak ader awek). roomate aku yang menumpang bilik ku pula paling tak suka bila orang kata dia gemuk.( pada hakikatnya perut dia memang gemuk, tapi bila dia kat cermin dia selalu kata kan dirinya mcm badan artis.example mcm AWAL. geli aku dengar.)
berbalik kepada topik aku tadi perkara yang paling aku tak suka adalah exam. Dari aku darjah satu hingga kerja dan sambung belajar balik tak abis abis dengan exam.
masa kerja :exam untuk sah jawatan, PTK,Naik pangkat,
sambung ijazah: exam subjek ento, subjek ekonomi hutan dan bermacammacam lagi....
" pendek kata selagi tak tutup mata exam... exam... exam..."

tension.. tension...tension

Sunday, January 17, 2010

29 dan 30 januari 2010

salam buat kawan kawan ku semua.....
apa khabar semua? aku harap semunya sihat.
Berbalik kepada topik yang aku nak cerita tentang dua tarikh yang kupilih untuk bulan januari....
Pada tarikh itu ader dua yang berlaku kepada ku dan keluarga isteri ku yang tercinta....
cuba teka apa yang berlaku pada tarikh itu?oklah tak payaah lah teka aku bagitahu semoga semua orang tak tertanya tanya apa yang berlaku yer....
di bawah aku listkan perkara yang akan berlaku kepada tarikh itu:

  • 29 hrbln januari 2010
  1. Adalah tarikh hari jadi isteriku yang tersayang. inilah kai pertama aku sambut harijadi isteri ketika kami hidup sebagai suamisteri.selamat hari jadi sayaang.muuuuuuaaahhh. sayang sangat sayang.
  2. Kedua aku kan bali ke kampung mentuaku yang tersayang.dah lam aku tak balik kampung kerana tak sempat dan budjet yang tak ckp.hehehehe
  3. Ketiga ialah hari jadi ibu yang tersayang.ibu ku yang perit jenuh menjaga aku sejak dari kecil sampai aku dewasa.mama maafkan mat tak leh balik kampung untuk sambut hari jadi mama. mat sangat sayangkan mama.selamat hari jadi mama ,semoga panjang umur dah murah rezeki.
  • 30 hrbln januari 2010
  1. Tarikh adik ipar akan bertunang dengan jejaka pilihannya.aku dan isteri berdua kalian berdua akan gembira dan kekal hingga akhir hayat.

sekian sahaja yang ingin ku coretkan untuk kali ini.

Persoalan?

apa hadiah yang aku nak belikan untuk isteri ini?boleh bg cadangan?

Tuesday, January 5, 2010

DI MANA LAGI INGIN KU CARI


Salam kepada semua sahabat ku yang disayangi dan di kasih selalu............
Hari ini ku rasa ingin ku coretkan kisah yang telah dihadapi oleh kawan ku, bak kata pepatah " sudah jatuh di timpa tangga" kisah ini amat menyayat hati ku...........

Kisah bermula apabila seorang yang bergelar gadis telah menolak cinta si kumbang ini......
oleh kerana terlalu kecewa , si kumbang ini ingin mencari bunga lain untuk dijadikan penyeri dalam hidupnya yang sedia sunyi itu. Akhirnya dia telah berjumpa seorang gadis yang cantik dan dirasakan sesuai dengan dirinya,akan tetapi belum sempat mengucapkan kata kata cinta, gadis dengan selamba menyapa bahawa dia mempunyai jejaka yang telah mencuri hatinya.........malang sungguh hidup si kumbang...

Tekanan semakin dirasai apabila teman yang selalu berada disisinya,dan teman belajarnya telah berjaya mengukir cinta tatkala si kumbang ini membilang hari untuk mendapatkan cinta....
Didorong dengan perasaan kecewa dia berazam untuk mendapatkan cinta.... aku sebagai sahabat berdoa agar cita2 dan azam tahun baru untuk memiliki cinta itu berjaya, telah banyak kata perangsanng telah ku berikan supaya dia berani untuk mendapat cinta.....

Kerana telah berulang kali gagal untuk meraih cinta dalam hidupnya,perasaan takut sering menyelubungi dirinya tatkala ingin bersua dengan gadis terutama teman rapatnya. Aku dan sahabat yang lain telah banyak menyuarakan gadis untuknya,namun semuanya di tolak dengan alasan susah untuk percayakan sebarang gadis dalam hidupnya..

Adakah cita2 untuk mendapatkan cinta sejati itu akan menjadi kenyataan atau berkubur tak bernisan...
oleh itu sama2 lah kita doakan semoga dia berjaya...............amin....

Sunday, January 3, 2010

tudung muslimah.........

mari kawan - kawan dapatkan nya di online gallery ...!









Friday, January 1, 2010

Tahun Baru

Tahun baru bermula, tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis dalam hidup ku. Aku dalam dilema antara subjek yang akan diambil pada semester ini dan semester yang akan datang. Aku nak buat 2 1/2 tahun belajar, tapi tak tahu boleh ke tidak ..... Sem ni jugak aku mula buat projek akhir..!!! tajuk dan supervisor aku dah pilih...

  • - aku bertolak dari tg. malim pada jam 9.00 pagi utk ke KL
  • - pegi IKEA, the MINES dan balik umah dikwa kat putrajaya.
  • - esok aku nak g Hospital Pusrawi.
  • - pada tahun baru ni aku nak belajar bersungguh-sungguh dan cepat-cepat sambung kerja.. Aku harap cita-cita
  • ku tercapai. Aku dan isteriku juga berharap kami akan dikurniakan cahaya mata...Amin...