Tuesday, November 17, 2009

Sunday, November 15, 2009

Travel : Part I

Perjalanan pertama adalah ke Muar dan Melaka.
Aku bersama dengan isteri tercinta telah memulakan travel kami di tempat yang dirancang.
Part I adalah Muar dan Melaka. Travel kami bermula pada 14 November 09 jam 8.00 pagi bertitik tolak dari Tg. Malim - Kl - Muar - Melaka - Kl - Tg. Malim. Travel kami berakhir pada hari ini iaitu 15 Nov 09 jam 6.30 petang. Tujuan travel kami ini adalah untuk menjadi aktiviti dalam kalendar keluarga kecil kami, dan aktiviti ini akan tetap diteruskan setelah kami menimang cahaya mata nanti. InsyaALLAH..!

Travel kami ini terdetik hasil brainstorming antara aku dan isteriku. Aku meminati travel. Manakala isteriku pon berkongsi minat yang sama. Oleh itu, kami menetapkan akan ade Travel : Part II, III, IV dan seterusnya..insyaALLAH..!!


Part I - kos

14 Nov 09
(Muar)
Minyak - RM 60.00
Lunch Asam Pedas Muar - RM 30.00
Tol Sg. Besi-Tangkak - RM 21.00
(Melaka)
Dinner - RM 16.00
Hotel - RM65.00 [Tower Hotel-3 star]
bergambar dgn beca - RM 2.00
Lain-lain - RM 5.50

TOTAL : RM 199.50

15 Nov 09
(Melaka)
Minyak - RM 40.00
Breakfast - RM 12.00 (nasi beriyani)
Tol Air Keroh-Kajang - RM14.80
(KL- Alamanda)
Lunch - RM 16.00
Big Apple - RM 12.50
Parking - RM 1.50
Tol - Putrajaya - Tg. Malim - RM 14.90

TOTAL : RM 111.70

JUMLAH BESAR : RM 311.20

Oleh yang demikian sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tempat yang menarik yang mesti dilawati di bumi Malaysia ini, sila cadangkan kpd kami..insyaAllah kami akan ke tempat anda..
siapa cepat, tempat itu yang menjadi pilihan kami..!
Finally, jangan sayangkan duwet hingga kita terkongkong untuk melihat keindahan bumi kita Malaysia... cubalah melancong, tentu anda akan rasa seronok..

Nantikan Travel : Part II ........lokasi : tungguuuuuuu.........................
















































































Salam sayang,
Pitri + wife
(Travel Part I)

Thursday, June 25, 2009

Demi keluarga tersayang

ceritanya bermula pada 21 Jun 09 satu titik sejarah telah berlaku dalam keluarga ku...mesti anda tertanya2 apa yang sudah berlaku..? Sebelum aku berterus terang elok aku bercerita mengenai lawatan aku dan keluarga ku ke Cameron Highland (CH)..kami bertolak dari rumah pada pukul 11pagi dan dijangka sampai di sana pukul 2.30 ptg. Kami ke sana dengan 2 buah keta. aku dan abg ipar ku menjadi driver pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku membawa abah, ma, ibu saudaraku dan 2 org adikku. Sungguh malang nasib mereka apabila disiasat mereka seorang pon belom sampai ke sana...jadinya aku lah orang pertama dalam keluarga ku yang sampai ke sana.

Kami memilih exit Tapah untuk ke kesana. Bagi yang belom pernah ke sana..ingin saya maklumkan jalan adalah berliku2...hanya sesuai untuk driver yang suka drift macam saya..haha...bagi sesiapa yang tidak sukakan cabaran lebih sesuai memilih laluan Simpang Pulai untuk ke sana...bagi mereka yang baru dapat lesen P, laluan Tapah adalah amat tidak sesuai untuk anda...

Dari highway Utara-Selatan, kami exit tol Tapah dan belok ke kiri bagi menuju ke CH..sasaran kami pada awalnya nak berpiknik di Air Terjun Lata Iskandar...tp malang sekali....ramai sgt pengunjung kat sana.....parking full....jam dah menunjukkan pukul 1.15 ptg, perut masing-masing sudah berdangdut....aku decide untuk meneruskan lagi perjalanan....oh ye lupa nak bgtau, semasa di Lata Iskandar, mama aku telah berhenti sekejap untuk muntah...aku dan isteri terus memberi semangat pada beliau bahawasanya puncak dakian sudah hampir untuk tiba....Oleh yang demikian mama ku terus bersetuju untuk meneruskan perjalanan....

Selepas setengah jam meneruskan perjalanan akhirnya kami tiba di destinasi kedua iaitu "Lata Bisik", air terjun buatan di CH. Pada awalnya kawasan tersebut agak sunyi tetapi berselang 5 minit ramai pulak pengunjung yang singgah ke situ..kami berhenti di situ ibu saudara ku Linda pula yang mengambil giliran untuk muntah..huhu...kesian betul...oleh kerana masing-masing sudah tersangat lapar, kami terus membawa bekalan makanan yang disediakan oleh isteri dan kakak ku di rumah untuk makan tengah hari....

Setelah selesai makan, kami bergerak lagi untuk meneruskan perjalanan..destinasi seterusnya ialah "Bharat Tea Shop". Aku suka betul tempat ni......cantik, nyaman, kakak dan adik2 ku turun ke ladang untuk bergambar...aku just kat atas menemani mama abah ku kat atas......aku kasihan kat mama aku sebab dia dah xleh jalan...

Seterusnya lokasi terakhir kami ialah Kea Farm. Di kawasan ini menjual sayuran dan buahan yang segar...Selain sayuran, di situ juga terdapat Strawberry salut choclate.....itu feberet isteri ku...antu betul dengan strawberi nii....1 stick ada 3 biji kos nya RM2...agak mahal...tapi sedapla..sesampainya kami di Kea Farm, abah aku telah membeli jagung mutiara rebus yang hanya ada di CH sahaja. rasanya sgt manis...segar..."mata" nya besar...dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa masak..!Jika xpecaya boleh anda mencubanya sendiri....banyak jugak yang mama aku beli...maklumla 14 jenis sayur RM10...! murah wooo......

masih igt kah kawan2 peristiwa malang yang aku maksudkan pada awal entri ini? perangai mama aku bila dia menaiki kereta, dia akan sama2 menekan brek menggunakan kaki sendiri walaupon dia kat seat belakang...bukan satu kaki je...tapi 2-2 kaki skali dia akan tekan untuk "brek". Semasa selekoh, abang ipar aku xbrek tapi kaki mama aku terus menerus membrek walhal dia tau kereta tu xakan ada efek dengan "brek" buatan mama aku tu....Satu lagi peel mama aku, dia memang mabuk bila menaiki kenderaan.Oleh yang demikian dia memberitahu aku inilah kali pertama dan kali terakhir beliau akan pergi ke CH....beliau juga ada bertanya jika ada perkhidamatan flight utk ke CH, dgn selamba rock aku jawab "flight ade, tp tempat mendarat xde....hehehehe..." oleh yang demikian, aku nasihatkan jika ada orang yang
macam mama aku eloklah berfikir dahulu sebelum naik ke sana.....

Setelah selesai bershopping di Kea Farm kami berkeputusan untuk pulang pada jam 5.30 ptg. kakak ku balik ikut simpang pulai since rumah dia kat Penang...manakala aku, isteri dan mama abah kami pulang ikut Tapah...sbb Tg.Malim dekat dengan Tapah....aiyoo....mabuk pulak la mama aku.....makin kerap la mama aku tekan "brek" sendiri nya...tapi aku paling respek abah aku...even dia dah 61 tahun..tp beliau sangat steady...langsung xde riak xsenang ketika dalam perjalanan...alhamdulillah..sihat lagi abah aku..

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Tanah Rata...kerana di situ ada kawasan landskap bertulis "CAMERON HIGHLAND"... maka kami singgah sebentar untuk mengambil gambar mama dan abah...boleh la dijadikan kenang kenangan.....

Akhir kata aku mohon maaf pada mama dan abah jika ada keterlanjuran kata ku ini.......tapi yang pasti aku sangat happy sebab dapat bawak famili ku berjalan-jalan kat CH.......
















Thursday, June 11, 2009

jom sertai AITS dan ASTI

salam ...........
Apa khabr semu akwan kawan diluar sana.aku doakan kalian semua sihat,bagi yang ada baby semoga bahagia bersama baby anda. pada pagi tadi aku mendengar satu berita sedih dimana salah seoarang kakitangan yang berkerja di jabatan ku kerja telah meninggal dunia.oleh yang demikian aku menyeru akwan kawan semua sedekah kan al-Fatihah kepada beliau.semoga beliau di tempatkan di kalangan orang yang soleh.al -Fatihah.......saya doakan semoga keluarga nya tabah menghadapi dugaan ini.ingatlah bahawa kita hidup di dunia ni tak akan kekal selamanya.pasti kita akan kembali kepada yang mencipta kita.
Berbalik kepada tajuk kita tadi.saya menjemput kawan kawan menyertai AITS dan ASTI. ramai diantara kita tak sedar kita telah menyertai AITS dan ASTI. tentu kawan- kawan tertanya- tanya apa itu AITS dan ASTI. AITS dan ASTI hanya boleh di sertai oleh orang yang berumahtangga saja.Sebelum aku meneruskan blog ku ni.tentu semua tertanya apa itu AITS dan ASTI itu. AITS atau nama panjang dia ialah angkatan isteri tiada suami manakala ASTI pulak angkatan suami tiada isteri..... perkara ini berlaku apabila suami isteri berkerja di tempat yang berjauhan.contohnya isteri berkerja dimuar manakala suami berkerja di gopeng perak.susah lah nak jumpa suami tu.jauh tu.ada juga yang terjadi suami berkerja di muar Johor manakala isteri kerja di selangor.susah nak jumpa.kalu jumpa pun hari minggu.so golongan ini leh lah mengangotai AITS dan ASTI. Tapiu ada pulak yang aku dengar cerita yang suami tak leh berjauhan dengan sanggup tukar ker temapat isteri kerja.heeeeeeeeeeeee.jangan marah kalu ada kawan kawan yang terasa. aku pun mungkin sejak lagi akan jugak mengangotai ASTI.heeeeeeeeeeeeeeee.
itu sahaja yang aku nak coretkan buat kali ini.segala komen dan tak puashati leh lah komen .segala pendapat anda akan diterima nanti.
akhir kata saya meminta maaf jika ada yang terasa dengan coretan ni.jika ada cerita yang hendak dikongsikan leh lah tulis.

Tuesday, June 9, 2009

saling membantu

salam......
aku tak dapat nak tido mlm ni.so aku bukak lah blog aku ni.tujuan aku nak kongsilah kehidupan aku setelah bergelar suami ni.hidup dulu dan kini dah banyak berubah.dulu aku hidup sorang sorang tapi bermula pada 1/5/2009, aku telah tukar status aku kepada hidup berdua.dulu aku ingat mudah hidup berdua ni,tapi bila aku alami baru aku tahu susah jugak hidup berdua ni.tapi alhamdulillah isteri aku memahmi aku dan amat menyayangi aku.tak sayang macamana nya makan dia buat kan ,basuh baju aku,dan segalanya dia buatkan.aku rasa dilayan macam aku ni raja.seronok sangat aku rasa.terima kasih sayang.tapi pada pagi ni dia tak sempat nak buatkan sarapan kat aku.aku tahu dia tentu letih.so aku bangun buatkan sarapan kat dia.so kami pun sarapan sama sama.itulah aku nak bagi tahu kat semua suami jangan lah kita bebankan kerja umah kat isteri jer,kita pun harus lah tolong mereka. bila ada sikap tolong menolong itu insyaALLAH rumah tangga akn berkekalan.itu jer aku nak cerita bila status aku bertukar kepada suami.akhir sekali sayanglah isteri kita seadanya.isteri adalah anugerah tuhan kepada kita. terima lah pantun ini.

penduduk miskin dapat rumah batu,
rumah batu dari wakil rakyat,
suami isteri saling bantu membantu,
itulah petua kekal bahagia sepanjang hayat.

dinner @ easycafe

mlm ni nak bagi my wife relek skit...kesian dia hari2 masak...so mlm ni we decided to have dinner outside...

banyaknya makan tu.jangan marah kalu makan sorang yer.heeeeeeeeeeeeeee
banana split........ yumi yumi
isteri tersayang tengah mkn.........
bestnya sour sop juice & almond coppucino (feberet my wife).........slurppppppppppp


EASY CAFE (WESTERN FOOD RESTAURANT TG. MALIM)