Thursday, June 25, 2009

Demi keluarga tersayang

ceritanya bermula pada 21 Jun 09 satu titik sejarah telah berlaku dalam keluarga ku...mesti anda tertanya2 apa yang sudah berlaku..? Sebelum aku berterus terang elok aku bercerita mengenai lawatan aku dan keluarga ku ke Cameron Highland (CH)..kami bertolak dari rumah pada pukul 11pagi dan dijangka sampai di sana pukul 2.30 ptg. Kami ke sana dengan 2 buah keta. aku dan abg ipar ku menjadi driver pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku membawa abah, ma, ibu saudaraku dan 2 org adikku. Sungguh malang nasib mereka apabila disiasat mereka seorang pon belom sampai ke sana...jadinya aku lah orang pertama dalam keluarga ku yang sampai ke sana.

Kami memilih exit Tapah untuk ke kesana. Bagi yang belom pernah ke sana..ingin saya maklumkan jalan adalah berliku2...hanya sesuai untuk driver yang suka drift macam saya..haha...bagi sesiapa yang tidak sukakan cabaran lebih sesuai memilih laluan Simpang Pulai untuk ke sana...bagi mereka yang baru dapat lesen P, laluan Tapah adalah amat tidak sesuai untuk anda...

Dari highway Utara-Selatan, kami exit tol Tapah dan belok ke kiri bagi menuju ke CH..sasaran kami pada awalnya nak berpiknik di Air Terjun Lata Iskandar...tp malang sekali....ramai sgt pengunjung kat sana.....parking full....jam dah menunjukkan pukul 1.15 ptg, perut masing-masing sudah berdangdut....aku decide untuk meneruskan lagi perjalanan....oh ye lupa nak bgtau, semasa di Lata Iskandar, mama aku telah berhenti sekejap untuk muntah...aku dan isteri terus memberi semangat pada beliau bahawasanya puncak dakian sudah hampir untuk tiba....Oleh yang demikian mama ku terus bersetuju untuk meneruskan perjalanan....

Selepas setengah jam meneruskan perjalanan akhirnya kami tiba di destinasi kedua iaitu "Lata Bisik", air terjun buatan di CH. Pada awalnya kawasan tersebut agak sunyi tetapi berselang 5 minit ramai pulak pengunjung yang singgah ke situ..kami berhenti di situ ibu saudara ku Linda pula yang mengambil giliran untuk muntah..huhu...kesian betul...oleh kerana masing-masing sudah tersangat lapar, kami terus membawa bekalan makanan yang disediakan oleh isteri dan kakak ku di rumah untuk makan tengah hari....

Setelah selesai makan, kami bergerak lagi untuk meneruskan perjalanan..destinasi seterusnya ialah "Bharat Tea Shop". Aku suka betul tempat ni......cantik, nyaman, kakak dan adik2 ku turun ke ladang untuk bergambar...aku just kat atas menemani mama abah ku kat atas......aku kasihan kat mama aku sebab dia dah xleh jalan...

Seterusnya lokasi terakhir kami ialah Kea Farm. Di kawasan ini menjual sayuran dan buahan yang segar...Selain sayuran, di situ juga terdapat Strawberry salut choclate.....itu feberet isteri ku...antu betul dengan strawberi nii....1 stick ada 3 biji kos nya RM2...agak mahal...tapi sedapla..sesampainya kami di Kea Farm, abah aku telah membeli jagung mutiara rebus yang hanya ada di CH sahaja. rasanya sgt manis...segar..."mata" nya besar...dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa masak..!Jika xpecaya boleh anda mencubanya sendiri....banyak jugak yang mama aku beli...maklumla 14 jenis sayur RM10...! murah wooo......

masih igt kah kawan2 peristiwa malang yang aku maksudkan pada awal entri ini? perangai mama aku bila dia menaiki kereta, dia akan sama2 menekan brek menggunakan kaki sendiri walaupon dia kat seat belakang...bukan satu kaki je...tapi 2-2 kaki skali dia akan tekan untuk "brek". Semasa selekoh, abang ipar aku xbrek tapi kaki mama aku terus menerus membrek walhal dia tau kereta tu xakan ada efek dengan "brek" buatan mama aku tu....Satu lagi peel mama aku, dia memang mabuk bila menaiki kenderaan.Oleh yang demikian dia memberitahu aku inilah kali pertama dan kali terakhir beliau akan pergi ke CH....beliau juga ada bertanya jika ada perkhidamatan flight utk ke CH, dgn selamba rock aku jawab "flight ade, tp tempat mendarat xde....hehehehe..." oleh yang demikian, aku nasihatkan jika ada orang yang
macam mama aku eloklah berfikir dahulu sebelum naik ke sana.....

Setelah selesai bershopping di Kea Farm kami berkeputusan untuk pulang pada jam 5.30 ptg. kakak ku balik ikut simpang pulai since rumah dia kat Penang...manakala aku, isteri dan mama abah kami pulang ikut Tapah...sbb Tg.Malim dekat dengan Tapah....aiyoo....mabuk pulak la mama aku.....makin kerap la mama aku tekan "brek" sendiri nya...tapi aku paling respek abah aku...even dia dah 61 tahun..tp beliau sangat steady...langsung xde riak xsenang ketika dalam perjalanan...alhamdulillah..sihat lagi abah aku..

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Tanah Rata...kerana di situ ada kawasan landskap bertulis "CAMERON HIGHLAND"... maka kami singgah sebentar untuk mengambil gambar mama dan abah...boleh la dijadikan kenang kenangan.....

Akhir kata aku mohon maaf pada mama dan abah jika ada keterlanjuran kata ku ini.......tapi yang pasti aku sangat happy sebab dapat bawak famili ku berjalan-jalan kat CH.......
















No comments:

Post a Comment